Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Subscribers: 569,085
Dekat nak raya ni semakin ramai yang meninggal akibat denggi. Jadi jangan biarkan sanak saudara kita jadi mangsa seterusnya. Jom hapus Aedes 10 minit seminggu.
#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Walaupun Paxlovid telah ada, vaksin tetap tidak boleh dilupakan. Paxlovid bukan ganti kepada vaksin COVID-19. Paxlovid hanya diberikan kepada mereka yang telah dijangkiti COVID-19.
Masyarakat masih perlu menjaga diri dengan kekal mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka dan melakukan ujian saringan sekiranya bergejala.
#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA 2023
YB DR. ZALIHA MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN
Kenyataan Media KPK 23 Mac 2023 - Pembatalan Pendaftaran Dan Panggil Balik Bagi Semua Produk Yang Mengandungi Pholcodine Berikutan Risiko Keselamatan Dikesan
KKM ingin memaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM pada 20 Mac 2023 telah bersetuju untuk membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan arahan panggil balik ke atas semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine.
Ini berikutan terdapatnya risiko keselamatan yang dikesan iaitu risiko terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk yang boleh mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle-relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan umum (general anaesthesia), terutamanya kepada mereka yang pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine dalam tempoh 12 bulan lalu.
Setakat ini, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 12 laporan dengan 17 kesan advers susulan penggunaan pholcodine. Namun begitu, daripada laporan tersebut, tiada laporan anaphylaxis yang diterima.
Walaupun tiada laporan kesan advers diterima oleh NPRA setakat ini, keputusan PBKD ini diambil berdasarkan bukti-bukti daripada kajian “Allergy to Neuromuscular Blocking Agents and Pholcodine Exposure” (ALPHO), data keselamatan pasca pemasaran dan maklumat yang diperoleh daripada pengamal perubatan, agensi negara-negara lain seperti United Kingdom (UK), Australia, beberapa negara European Union (EU) seperti Perancis dan Norway di mana mereka telah mengambil tindakan regulatori bagi pembatalan dan panggil balik produk yang mengandungi pholcodine berdasarkan maklumat keselamatan ini.
Susulan pembatalan pendaftaran produk mengandungi pholcodine, semua syarikat Pemegang Pendaftaran Produk bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada farmasi komuniti dan klinik-klinik yang telah dibekalkan dengan produk tersebut untuk berhenti menjual dan memastikan produk dikuarantin sebelum dipulangkan semula kepada pembekal.
Anggota kesihatan juga diingatkan untuk berhenti memperskripsi, mendispens, menjual atau mengedar semua produk mengandungi pholcodine dengan serta-merta. Pesakit yang mengalami batuk jenis nonproductive hendaklah diberikan ubat alternatif. Semua baki stok produk yang mengandungi pholcodine perlu dikuarantin dan dipulangkan semula kepada pembekal.
Orang awam yang sedang mengambil ubat batuk dan selsema diingatkan untuk menyemak label atau sisip bungkusan produk, sama ada terdapat bahan aktif pholcodine. Jika didapati ubatan tersebut mengandungi bahan aktif pholcodine, hentikan pengambilan dan rujuk kepada anggota kesihatan bagi mendapatkan rawatan alternatif. Bagi mereka yang perlu menjalani pembedahan dan memerlukan bius sepenuhnya, maklumkan kepada anggota kesihatan sekiranya anda pernah mengambil ubat yang mengandungi pholcodine terutamanya dalam tempoh 12 bulan lalu.
Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2023/03/23/kenyataan-media-kpk-23-mac-2023-pembatalan-pendaftaran-dan-panggil-balik-bagi-semua-produk-yang-mengandungi-pholcodine-berikutan-risiko-keselamatan-dikesan/
From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Kenyataan Media KPK 23 Mac 2023 – Pembatalan Pendaftaran Dan Panggil Balik Bagi Semua Produk Yang Mengandungi Pholcodine Berikutan…
PEMBATALAN PENDAFTARAN DAN PANGGIL BALIK BAGI SEMUA PRODUK YANG MENGANDUNGI PHOLCODINE BERIKUTAN RISIKO KESELAMATAN DIKESAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Pihak Berku…
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sepanjang Ramadan ini, KKM ingin menasihatkan masyarakat agar mengamalkan konsep “Sama-sama: Perhati dan Pilih Juadah di Bazar Ramadan”. Pastikan anda memilih gerai yang bersih dan mengamalkan pengendalian makanan yang baik. Para peniaga juga dinasihatkan supaya membasuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi untuk basi secara terlalu awal daripada waktu untuk dijual (contohnya makanan berasaskan santan dan sebagainya).
Orang ramai juga dinasihatkan agar menggunakan kuasa membeli yang ada pada mereka dengan membeli makanan di premis yang bersih. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal.
Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/03/22/kenyataan-media-kpk-22-mac-2023-nasihat-keselamatan-makanan-sempena-bulan-ramadan-al-mubarak/
From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Kenyataan Media KPK 22 Mac 2023 – Nasihat Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak
NASIHAT KESELAMATAN MAKANAN SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK Bersempena dengan bulan Ramadan, penjualan juadah makanan di bazar ramadan dan pelbagai premis makanan sememangnya menjadi aktiviti yang…
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama